Menjadi Ahli Persatuan

Syarat Pendaftaran:

  1. Terbuka kepada semua pemilik atau ahli keluarga pemilik atau penyewa rumah di The Strata Bandar Puteri Bangi yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia tetapi dihadkan kepada maksimum 2 keahlian bagi setiap unit pada satu masa.

  2. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah setelah membayar bayaran pendaftaran dan yuran bulanan security seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

  3. Notis pengumpulan data peribadi: Maklumat peribadi yang dikumpul hanya bertujuan untuk pembuktian kewarganegaraan dan pemberitahuan notis sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan waris terdekat dihubungi.

Yuran Pendaftaran – RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
Yuran Tahunan – RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)

 

Nota:

  1. Sila kemukakan salinan muka hadapan Perjanjian Jual Beli / Kontrak Sewaan (yang mana berkaitan) sebagai bukti kelayakan menyertai persatuan.
  2. Slip pembayaran dan borang yang telah diisi dan ditandatangani boleh dihantar secara serahan tangan kepada Ketua Lorong.