Objektif Penubuhan

Objektif Penubuhan Persatuan Penduduk The Strata Bandar Puteri Bangi (PPM-016-10-18062021)

  1. Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

  2. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan disiplin di kalangan mereka.

  3. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.

  4. Memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.

  5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk.

  6. Memberi perkhidmatan yang terbaik bagi keselamatan dan harta benda penduduk setempat.

 

Sijil Pendaftaran